Carry On Baggage: 7KG Cukai lapangan terbang & Fuel Surchange / Caj Bahan Api
Penginapan untuk 5 Malam
Pengangkutan Bas (A/C Coach)
Makan- Fullboard
Pemandu pelancong berpengalaman
Air Mineral semasa lawatan
Gift daripada MN Ajwa Travel- Backpack
Package's Excludes
Tidak termasuk perbelanjaan sendiri
Tidak termasuk bagasi berlebihan
Tidak termasuk lawatan tambahan / Optional Tour
Tidak termasuk tipping
Tidak termasuk insurans perjalanan
Terms & Condition
Terma dan Syarat ini perlu dibaca bersama Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan yang termaktub di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (“Peraturan-Peraturan Akta Industri Pelancongan) yang telah diwartakan dan pindaan-pindaannya dari semasa ke semasa.
Deposit sebanyak RM 500.00 hendaklah dibayar oleh peserta kepada MN Ajwa Travel sebagai penempahan. Wang deposit ini tidak akan dikembalikan jika pembatalan dibuat oleh pihak peserta tanpa sebab yang munasabah; tertakluk kepada peraturan 3, Peraturan-Peraturan Akta Industri Pelancongan.
Bayaran baki pakej hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan pergi atau sebaik sahaja mendapat pengesahan tempahan penginapan Makkah dan madinah,mana mana satu tarikh yang terdahulu.
Tiket penerbangan yang telah dikeluarkan adalah tertakluk kepada syarat “NON REROUTABLE/NON ENDORS- ABLE/NON REFUNABLE” yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan, dan sebarang ‘refund’ jika ada adalah tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat penerbangan yang berkenaan.
Harga pakej sebagaimana dalam brosur adalah termasuk harga tiket pergi balik penerbangan antarabangsa(tidak termasuk harga tiket penerbangan domestik), sewa tempat penginapan, tanggunggan makan minum di tempat penginapan, sewa bas bagi perjalanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual penerbangan
Kos rawatan perubatan, dobi, makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim dan semua perkara persendirian adalah tidak termasuk dalam harga pakej.
Sekiranya pembatalan tempahan dibuat oleh peserta, bayaran pakej tidak akan dikembalikan kecuali mendapat kelonggaran daripada pihak-pihak yang berkenaan.
Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan harga tiket penerbangan, surcaj bahan api, perubahan jenis penginapan,perubahan kadar pertukaran matawang dan sebagainya (jika ada).
Harga Pakej akan berubah selaras dengan perubahan bilangan malam bagi setiap pakej yang berkenaan dengan sewajarnya sama ada melibatkan penambahan mahupan pengurangan.
Jika berlaku kekurangan regu atau bilangan dalam sesebuah bilik sebagaimana yang dipohon, peserta akan disusun semula megikut kekosongan bilik yang ada dan dikehendaki membayar harga pakej mengikut sususan bilik yang mutakhir sebelum berlepas.
Penginapan adalah tertakluk kepada perubahan bangunan penginapan yang setaraf dengan bangunan yang diiklankan dalam brosur atau bangunan alternative dengan kadar harga semasa.
Aturcara pakej yang dibuat adalah berdasarkan Jadual Penerbangan dan Perancangan Pengurusan di Malaysia. Sebarang perubahan program, tarikh, laluan dan masa penerbangan (RESCHEDULE) adalah tertakluk kepada peraturan semasa syarikat penerbangan dan pihak pengurusan.
Peserta hendaklah mempunyai passport antarabangsa atau dokumen perjalanan yang diiktiraf dengan sah-lakunya sekurang-kurangnya 6 bulan dengan minima 6 muka surat kosong dari tarikh kembali ke negara asal dan hendaklah juga diperlukan mengambil suntikan vaksinasi sebagaimana yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi negara-negara yang bakal dikunjungi.
Pihak MN AJWA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan atau keciciran barang -barang kepunyaan peserta semasa mengikuti pakej pelancongan.
Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana mana peserta, berkenaan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam harga pakej tetapi tidak digunakan oleh peserta.
Pihak berkuasa atau Kerajaan Negara yang terlibat dan syarikat penerbangan mempunyai kebebasan untuk mengenakan sebarang sekatan atau syarat-syarat perjalanan tambahan kepada mana mana peserta pada bila bila masa.
MN AJWA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. berhak membatalkan pakej jika berlaku bencana alam, peperangan, mogok, rusuhan atau atas arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan MN AJWA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.