016-212 1061 (Umrah) | 016-357 7784 (Ziarah) | salesmntt@gmail.com
Follow us on   

KEMBARA ROHANI KE PALESTINE & JORDAN BERSAMA USTAZAH DATO’ NORHAFIZAH MUSA & USTAZ DR. AZHAR YAAKUB

Package Details

Destination
Palestin & Jordan
Duration
7 Day 6 Night
Date Options
Departure Date Arrival Date Price From Price Installment
26 Sep 2023 02 Oct 2023 RM10,980
Itinerary
Package's Includes
  • Bimbingan secara bermodul serta aktiviti bersama Ustaz Dr Azahar & Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Qatar Airways KUL-DOH-AMM / AMM-DOH-KUL
  • Cukai lapangan terbang & Fuel Surcharge/ Caj bahan api
  • Semua urusan Visa ke Jerusalem + Cukai di Jordan dan di Allenby Bridge Pergi dan Balik
  • Tips kepada pemandu pelancong / Pemandu Bus
  • Pemandu pelancong rakyat tempatan berbahasa English/ Arab
  • Tiket masuk untuk semua tempat seperti yang dinyatakan
  • Penginapan hotel 3* & 4* Bintang / Setaraf
  • Full board meals (Breakfast, Lunch, Dinner)
  • Pengangkutan bas (Deluxe A/C coach)
  • Air mineral di dalam bas
  • MN AJWA gift beg
Package's Excludes
  • Tidak termasuk perbelanjaan sendiri
  • Tidak termasuk lebihan bagasi
  • Tidak termasuk lawatan tambahan/ Optional tour
  • Pakej Insuran Tambahan untuk PALESTINE (Boleh rujuk MN Ajwa Travel- AIG INS)
  • Cas dikenakan untuk VISA- jika Visa ditolak
  • Kadar harga yang ditawarkan dalam ringgit (RM) serta tertakluk kepada kadar mata wang antarabangsa
  • Selain yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Penambahan harga pakej untuk lawatan di Jordan (Jika visa tidak lulus)
  • Harga yang ditawarkan adalah berdasarkan 40 Pax jika ada sebarang perubahan berlaku dalam ahli kumpulan akan menyebabkan perubahan harga yang ditawarkan

Terms & Condition

Terma dan Syarat ini perlu dibaca bersama Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan yang termaktub di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (“Peraturan-Peraturan Akta Industri Pelancongan) yang telah diwartakan dan pindaanpindaannya dari semasa kesemasa.

Cara Pembayaran

  1. Deposit sebanyak RM 1,000.00 (per person) dibayar oleh peserta kepada MN AJWA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. sebagai penempahan.
  2. Bayaran baki pakej hendaklah dijelaskan 60 hari sebelum tarikh penerbangan pergi.
  3. Makluman, semua harga pakej pelancongan yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD). Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) pada ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 60 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak MN Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  4. Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia memberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.
  5. Harga yang tertera di brosur atau laman web adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

VISA

  1. Urusan penghantaran VISA adalah 50 hari sebelum tarikh bertolak.
  2. Kelulusan permohonan VISA setiap peserta bagi memasuki Baitulmaqdis adalah diluar bidang kuasa MN Ajwa Travel & Tours dan hanya akan diperoleh 1 atau 2 hari sebelum memasuki Baitulmaqdis.
  3. Visa yang telah diluluskan tidak akan menjamin peserta dapat memasuki Baitulmaqdis sehinggalah diberi kebenaran oleh pihak berkuasa di sempadan Israel/ Palestine.
  4. Bagi tujuan permohonan visa ke Baitulmaqdis, peserta yang berumur 18 tahun dan ke bawah hendaklah ditemani oleh ibu bapa kandung sahaja. Semua kelulusan permohonan visa adalah tertakluk pihak berkuasa Israel.
  5. Tiada jaminan bagi mana-mana jemaah untuk mendapatkan Visa Jerusalem walaupun jemaah telah memenuhi semua syarat yang dikenakan.
  6. Syarikat tidak akan memulangkan mana-mana bahagian bayaran pakej sekiranya mana-mana jemaah tidak dibenarkan masuk ke Jerusalem di atas apa-apa alasan walaupun telah mengambil insuran tambahan.
  7. Jika Visa Jurusalem tidak diperolehi, aturcara lawatan akan dipinda ke Jordan 7 Hari 6 Malam (ALTERNATIVE)
  8. Bayaran pakej berserta kos Visa tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan tempahan dibuat melainkan diberi kelonggaran oleh pihak-pihak berkaitan.

HOTEL PENGINAPAN

  1. Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik triple-room (Upon Request): -
  2. Oleh itu, penempahan 3 orang sebilik hanya menyediakan katil tambahan disediakan dan berdasarkan harga bilik berdua.

INSURANS PERJALANAN

  1. Sepertimana peruntukan peraturan 12 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 anda adalah sangat disarankan untuk mengambil insurans perjalanan tambahan untuk melindungi perjalanan anda.
  2. Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.

PEMBATALAN & SURCAJ

  1. Selepas pengesahan tempahan, Wang deposit tidak dikembalikan jika pembatalan dibuat oleh pihak peserta tanpa sebab yang munasabah & Penalti pembatalan akan dikenekan sebanyak RM250, caj pengurusan.
  2. Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi anggota pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu.
  3. Pihak syarikat mempunyai hak untuk membatalkan perjalanan pakej di atas sebab tertentu seperti tiket penerbanagan, malapetaka, rusuhan, peperangan, atau lain-lain yang diluar bidang kuasa MN Ajwa Travel & Tours.
  4. Tiket penerbangan yang telah dikeluarkan tertakluk kepada syarat Non-Reroutable / Non-Endorsable / NonRefundable oleh pihak penerbangan dan sebarang pemulangan semula wang (Refund) jika ada tertakluk kepada budi bicara pihak penerbangan.

MAKLUMAT AM

  1. Pakej ini tidak sesuai bagi pengguna kerusi roda (wheelchair) atas faktor kesukaran laluan & kekurangan fasiliti bersesuaian.
  2. Aturcara pakej yang dibuat adalah berdasarkan jadual penerbangan dan perancangan pengurusan di Malaysia. Sebarang tarikh, laluan dan masa penerbangan (Reschedule) adalah tertakluk kepada pihak penerbangan dan pengurusan ejen kami di luar negara.
  3. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senarai hitam oleh manamana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luar Negara yang melarang keluar atau masuk ke Negara tersebut.
  4. MN Ajwa Travel & Tours tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.

Select Date

Verification of Consent
  • Bahawa semua butiran mengenai diri saya adalah benar dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kejadian yang berlaku sekiranya saya memberikan butiran diri yang tidak benar.
  • Bahawa saya telah diberikan Aturcara Am dan bersetuju dengan pakej MN Ajwa Travel & Tours yang saya pilih semua syarat-syarat serta terma-terma yang terkandung di dalamnya.
  • Saya telah membaca, memahami dan menerima semua Terma & Syarat dan Dasar Privasi di atas.

  • Please check each consent confirmation box as a sign that you have read, understood and agreed to all the terms & conditions provided before going to the registration process

Recommended for you:

(2 COUNTRIES) ZIARAH PALESTINE + JORDAN
8 Days 5 Nights
Price starting at:
RM 8,990
PAKEJ UMRAH EKONOMI
11 Days 9 Nights
Price starting at:
RM 7,980
PAKEJ UMRAH AJWA
11 Days 9 Nights
Price starting at:
RM 9,980